My stories on High School (Part 1)
Hampir genap setahun setelah aku dan batch 99 yang lain menjalani peperiksaan paling “digemari” di Malaysia. Peperiksaan yang dikatakan akan menentukan kehidupan, masa depan lah, menentukan kerjaya lah. Ya, peperiksaan itu ialah Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sebenarnya, peperiksaan nie tidakah 100% akan menentukan masa depan kita, tapi dapatlah menunjukkan hala tuju yang lebih jelas untuk kita selepas sekolah menengah kemana kita nak sambung belajar berdasarkan apa yang kita mampu dan telah capai dalam SPM. Kenapa aku syok cerita pasal SPM plak nie. (-_-). Sebenranya aku nak kongsi cerita aku di sekolah menengah, kerana aku rasa pengalaman berada di sekolah menengah adalah pengalaman paling berharga dalam hidup aku. Zaman sekolah menengah adalah zaman di mana aku telah mengenal erti persahabatan, erti pengorbanan seorang guru untuk mendidik anak muridnya dan pengorbanan seorang pelajar untuk menuntut ilmu (aku maksudkan bangun awal pagi, balik lewat, kena denda and sebagainy...