My stories on High School (Part 1)
Hampir
genap setahun setelah aku dan batch 99 yang lain menjalani peperiksaan paling
“digemari” di Malaysia. Peperiksaan yang dikatakan akan menentukan kehidupan,
masa depan lah, menentukan kerjaya lah. Ya, peperiksaan itu ialah Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM). Sebenarnya, peperiksaan nie tidakah 100% akan
menentukan masa depan kita, tapi dapatlah menunjukkan hala tuju yang lebih
jelas untuk kita selepas sekolah menengah kemana kita nak sambung belajar
berdasarkan apa yang kita mampu dan telah capai dalam SPM. Kenapa aku syok
cerita pasal SPM plak nie. (-_-).
Sebenranya
aku nak kongsi cerita aku di sekolah menengah, kerana aku rasa pengalaman
berada di sekolah menengah adalah pengalaman paling berharga dalam hidup aku.
Zaman sekolah menengah adalah zaman di mana aku telah mengenal erti
persahabatan, erti pengorbanan seorang guru untuk mendidik anak muridnya dan
pengorbanan seorang pelajar untuk menuntut ilmu (aku maksudkan bangun awal
pagi, balik lewat, kena denda and sebagainya. Hahahahaha). Erti cinta macam
mana? Mesti korang nak tahu kan. malas lah nak kongsi benda nie. Tiada faedah
pun. Kalau aku jumpa awek jepun, nnti baru aku cerita. (ahaks).
Aku
bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Apas , Tawau sabah. Sekolah
yang sangat sederahana, namun semua pelajarnya dan gurunya sangat peramah
bagaikan sebuah keluarga yang besar. Aku adalah pelajar yang sangat sederhana
ketika berada sekolah ini (maknanya tidak famous lah satu sekolah, tapi
bolehlah separuh. Lol ). Sejak dari form 1 lagi aku berada di kelas
Al-kharizmie (macam 1A lah tapi kat sini tukar jadi nama tokoh islam baru
nampak hebat). Di kelas nie lah aku bertemu dengan orang-orang hebat yang telah
menjadi daripada sebahagian daripada cerita hidup aku.
Semasa Form
1 and Form 2, aku akan cerita kisah permulaan hidup aku di Sekolah menengah,
pada entri yang lain sebab aku rasa tidak sesuai untuk dimasukkkan di entri
ini. So, aku akan proceed pada Form 3. Di mana aku telah dipertemukan oleh
Allah S.W.T. Dengan guru-guru yang hebat yang tidak akan aku lupakan seumur
hidup aku. Oleh kerana, Form 3,4,5 dijalankan pada waktu pagi berlaiana dengan
form 1 and 2 yang dijalankan pada sebelah petang, ketika inilah aku sering
lewat ataupun tidak datang sekolah sebab lewat sangat bangun. (typical student
problem lah katakan). Batch 99 batch aku rasa paling kesian dalam Malaysia,
sebab batch 99 adalah batch yang menjadi permulaan kepada PT3 (pentaksiran
tingkatan 3) dan bukan lagi PMR. So, memang sangat sukarlah lah sebab semua
format peperiksaan telah ditukar and ada kerja kursus bagai. Tak tahulah kenapa
batch 99 yang kena. Racist betul, sudahlah format SPM pun diubah. Haishhhh.
(hahahaha. Abaikan jak nie luahan hati aku).
First day
di Form 3, bertemu dengan Cikgu Sadaria yang merupakan cikgu kesayangan semua
pelajar pagi. Cikgu Sadaria adalah guru kelas aku untuk Form 3, and dia
mengajar kami Mathematics (sebenarnya dia guru chemist, tapi sebab hebat math,
so dia ajar kami. Hahahahahaha). Lagipun form 3 tak belajar lagi chemistry.
Untuk form 4 and 5 jak. First time masuk kelas dia suruh kami berbaris di luar
kelas dalam kiraan 3. Hahahahaha sudahlah masa tu masih blurr lagi, semua mcm
belum sedar sepenuhnya lagi sebab pagi kan jam 6.45 start sudah kelas. Sebab
semua lambat bergerak macam siput (realitinya lebih laju dari siput lah). Semua
kena teriak awal2. Hahahahah, so lepas berbaris mengikut ketingian and kami
disuruh masuk and tempat duduk kami diaturkan oleh cikgu. (mungkin dia tak nak
kami bercerita kalau dalam kelas tu lah dia pisahkan kami semua.). Begitulah
permulaan aku di Form 3, and bermulalah episod hidup aku yang penuh dengan duka
dan lara bagaikan menyeberangi lautan api. Cehhhh melebih lah plak dia nie.
Bersambung
pada part 2…..
Comments
Post a Comment