10 movie remaja yang akan membuatkan kamu jatuh cinta

Seperti yang ketahui movie bukan saja dihasilkan untuk menghiburkan tetapi juga membawa mesejnya yang tersendiri. Aku memang suka menonton movie especially movie bergenre romance . So, pada artikel kali ini aku nak kongsi movie yang sangat sesuai ditonton oleh remaja2 zaman sekarang nie especially yg single (kita sama k. hehe ) atau yang tengah broken kah (hahahahahah) .  mungkin list yang aku bagi nie dapat membuatkan korang rasa nak bercinta atau move on (untuk orang broken.hahaha). Kebanyakan ( or semua kot ?) movie yang aku akan listkan nie dari asia and dilakonkan pada latar Sekolah menengah.
1.You Are The Apple Of My Eye (2011) - Taiwan
Related image
Related image

Related image

Movie nie menceritakan tentang Ko Ching-Teng, seoarang pelajar lelaki yang nakal dan sangat suka buat prank dan Shen Chia-Yi, pelajar wanita yang pandai dan terhormat serta sangat terkenal dengan pelajar lelaki.  Namun, hanya Ko Ching-Teng sahaja lelaki yang berjaya mengambil hati Shen Chia-Yi.
Ko Ching-Ten : “ In fact , when you really like a girl,you’d be happy for her. When you see her finding Mr. Right, you will want them to be together and live to happily ever after.”
2.Our Times (2015) - Taiwan
Related image
Image result for our times

Image result for our times

Related image

Image result for our times

Movie dariapada Negara Taiwan ini menceritakan tentang kejadian masa lalu seoarang pelajar sekolah menengah bernama Lin Zhen Xin, yang mempunyai perasaan suka dengan seoarang pelajar lelaki yang terkenal di sekolahnya. Namun, pelajar lelaki tersebut telah mempunyai seoarang pasangan , Tao Min Min. Zhen merancang untuk bersama dengan seorang pelajar gangster, Xu Tsi Yu yang kebetulan menyukai Tao Min Min untuk mendapatkan pasangan mereka masing2.
3. Crazy Little Thing Called Love  (2010) – Thailand






Movie seterusnya ini berkisah tentang  Nam seoarang pelajar wanita yang sangat lurus dan tidak pandai untuk mengurus dirinya. Namun, Nam seoarang pelajar yang lucu. Dia telah jatuh cinta dengan seniornya yang bernama Shone yang merupakan salah satu pelajar lelaki terkacak di sekolahnya. Dpatkah Nam menemui cintanya..?
4.SuckSeed (2011) – Thailand





Movie yang berada pada list keempat ini menceritakan tentang sekumpulan pelajar lelaki yang telah menubuhkan sebuah band untuk mendapatkan perhatian pelajar wanita. Namun, band yang mereka tubuhkan tidak berakhir dengan baik.
5.Hot Young Bloods (2014) – Korea





Salah satu movie favourite saya yang mengisahkan tentang seorang pelajar wanita, Young-sook yang merupakan ketua gangster wanita. Walaupun, Young-sook seorang yang ganas, dia juga mempunyai perasaan terpendam  terhadap seoarang pelajar lelaki, Joong-Gil yang merupakan playboy terbesar di sekolah mereka.
6. I Give My First Love To You (2009) – Japan




Movie ini berkisah tentang Takuma Kakinouchi, yang merupakan seorang pelajar lelaki  yang menghidapi kanser dan akan mati sebelum umurnya 20. Mayu Taneda pula ialah seorang pelajar wanita yang menyukai Takuma.
7.Koizora (Sky Of Love,2007) – Japan







koizora atau dalam bahasa melayunya langit cinta adalah filem romantik yang sangat sentimental antara Mika dengan Hiro. Hiro yang pada awalnya seorang pelajar lelaki yang nakal dan selalu ponteng telah jatuh cinta dengan Mika pada pandang pertama mereka bertemu. Dan sejak itu Hiro merasa tertarik dengan Mika dan ingin berpasangan dengan dia.
8.Kimi No Todoke (From Me To You,2010) – Japan




Sawako Kuronuma, pelajar wanita yang digelar Sadako (hantu dalam filem ‘RING’) di dalam kelasnya membuatkan dia telah dihindari oleh rakan-rakannya. Namun, Shota Kazehaya, seorang pelajar lelaki popular di sekolah mereka menyukai personality Sawako , dan mencuba untuk mendekati dia. Hal ini telah menimbulkan rasa cinta antara mereka.

9.Teacher’s Diary (2014) – Thailand





Filem ini bercerita tentang seorang guru lelaki, Song yang telah ditugaskan untuk mengajar di bahagian pedalaman. Ketika berada di sekolah tersebut, Song telah menemui buku diari seorang guru wanita,Ann yang dulu pernah mengajar di situ. Setelah membaca diary tersebut,  Song telah jatuh cinta dengan Ann dan ingin menemuinya.

10. I Fine Thank You Love You (2014) – Thailand






Movie yang berada pada list yang ke sepuluh ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Pleng yang merupakan seorang guru bahasa inggeris. Pada suatu hari, Pleng telah disalahkan akibat telah membuatkan hubungan sebuah pasangan terputus. Hal ini berpunca sebab Pleng telah mengajari wanita kepada pasangan tersebut bahasa inggeris membuatkan wanita tersebut telah meninggalkan pasangannya yang bernama Yim dan telah pergi ke Amerika. Yim menyalahkan Pleng dan menyuruh Pleng untuk mengajarinya  bahasa inggeris agar dapat mengejar kekasihnya. Namun, ketika pembelajaran, perasaan cinta telah timbul antara Pleng dan Yim.








Comments

Popular posts from this blog

The Hygge : What its all about?

My Life In KML