Bahaya Mee Segera (Maggi)
Mee segera (Maggi)
|
Kebanyakan
manusia pada zaman kini terutamanya pelajar2 kolej dan universiti sangat
menggemari mee segera atau lebih dikenali sebagai maggi. Kebanyakan anak2 muda
sangat gemar makan maggi kerana ia mudah untuk disediakan dan dapat menjimatkan
wang. Tapi disebalik kemudahan itu, maggi dapat menjejaskan kesihatan kepada
pemakan dan lebih serius lagi membawa kepada kematian seperti yang telah
berlaku kepada seorang pelajar bernama Azman.
*pastikan
anda membaca cerita ini sehingga tamat
Azman
merupakan seorang pelajar kolej yang genius dan sangat dikenali sebagai pelajar
paling pandai di kolejnya. Namun disebalik kepandaian Azman, dia adalah
seoarang yang pemalas dan hanya suka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan
masalahnya. Azman suka untuk mengambil makanan dan minuman ringan dan jarang
sekali dia makan secara seimbang. Azman sangat menggemari maggi dan locker
makanannya hanya dipenuhi maggi yang berlainan jenama dan perasa.
Sejak
daripada mula belajar di kolej, dia menjadikan maggi sebagai makanan rutinnya
dan tidak seharipun yang dia akan tidak makan maggi. Setelah beberapa bulan di
kolej, berat tubuh badan Azman menyusut dengan drastiknya dan dia sering
kelaparan akibat elaun lambat masuk. Setelah selesai semester 2, perubahan pada
Azman menjadi semakin ketara apabila dia tiada selera makan selain maggi.
Pada
suatu hari, Azman telah kehabisan stok magginya. Dia telah pergi ke kedai
serbaneka pada pukul 12 tengah malam. Dalam perjalanan Azman telah meninggal
dunia akibat telah dilanggar kereta Mercedez Benz warna putih. Oleh itu, Azman
telah meninggal dunia akibat maggi. Hahahahahahha
Peringatan
: Kenyataan dan cerita di atas adalah rekaaan semata-mata dan tiada kena
mengena dengan yang masih hidup atau telah meninggal dunia. Sebenarnya, saya
pun tidak tahu apa keburukan maggi. Hehe.
Cc to owner gambar, link :
http://www.theramenrater.com/2016/04/26/2015-e-zee-perisa-kari-mi-segera-improved-taste/
Comments
Post a Comment